Monday, 17 June 2019

Dasar Kualiti

Pihak pengurusan telah menggubal dasar kualiti seperti berikut:

     "KAMI KOMITED UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN KESIHATAN AWAM YANG BERKUALITI DAN MEMENUHI KEPUASAN PELANGGAN MELALUI PERLAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI YANG DIBUAT PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN BERASASKAN MS ISO 9001:2015"

Dasar kualiti ini dihebahkan kepada semua anggota organisasi supaya difahami. Ia juga disemak dari masa ke semasa untuk memastikan kesesuaian berterusan.

Visi & Misi Organisasi

Visi Organisasi :

     Daerah Segamat akan menjadi sebuah daerah yang mempunyai tahap kesihatan penduduk yang lebih baik.

Misi Organisasi :

     Pejabat Kesihatan Daerah Segamat akan berusaha bersama - sama untuk melaksanakan misi Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu:

       (1) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
             (1.1) Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
             (1.2) Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
             (1.3) Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan
                      mereka

       (2) Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
             (2.1) Mengutamakan pelanggan
             (2.2) Saksama
             (2.3) Tidak membebankan
             (2.4) Cekap
             (2.5) Wajar mengikut teknologi
             (2.6) Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
             (2.7) Inovatif

       (3) Dengan menekankan:
             (3.1) Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
             (3.2) Sifat menhormati maruah insan
             (3.3) Penglibatan masyarakat

Sejarah & Latar Belakang

Pejabat Kesihatan Daerah Segamat (PKDS) telah mula beroperasi sejak 1940 an dan kini merangkumi tiga komponen utama:
  1. Pentadbiran Kesihatan Awam
  2. Pembangunan Kesihatan Keluarga 
  3. Unit Kesihatan Persekitaran & Epidemiologi
Di bawah pentadbiran PKDS terdapat 11 buah Klinik Kesihatan dan 25 buah Klinik Desa. Ia meliputi kawasan seluas 2851 km2 dengan anggaran jumlah penduduk seramai 205,000 orang. Alamat pejabat kesihatan Segamat adalah:

      Pejabat Kesihatan Segamat, Jalan Gudang Ubat, 85000 Segamat, Johor